Tanda Tanda Wakaf dalam Al-Quran dan Maksudnya

on 12 July, 2012

Memandangkan Ramadhan akan tiba dalam beberapa hari saja lagi, kita di tuntut memperbanyakkan lagi amalan seperti membaca Al-Quran. Jadi apa salahnya kita ulang kaji sedikit tentang tanda tanda wakaf wakaf di dalam Al-Quran. Semoga anda dirahmati Allah. ^^


  • Tanda mim ( م‍ ) dikenali sebagai Waqaf Lazim. Adalah dikehendaki berhenti seketika apabila mim muncul. Jika tidak berhenti, kebarangkalian yang maknanya berubah.
  • Tanda tho ( ﻁ ) adalah tanda Waqaf Mutlaq dan haruslah berhenti seketika. Ia menunjukkan yang makna belum lagi dinyatakan sepenuhnya.
  • Tanda jim ( ﺝ ) adalah Waqaf Jaiz. Lebih elok berhenti seketika di sini walaupun tidak berhenti adalah dibenarkan.
  • Tanda zha ( ﻇ ) bermaksud lebih elok TIDAK berhenti.
  • Tanda sod ( ﺹ ) dikenali sebagai Waqaf Murakhkhas, menunjukkan yang tidak digalakkan berhenti walaupun berhenti dibenarkan. Perbezaan antara hukum tanda zha dan sod adalah kegunaannya, dalam kata lain, keinginan untuk berhenti adalah lebih pada tanda sod
  • Tanda sad-lam-ya’ ( ﺻﻠﮯ ) merupakan singkatan kepada “Al-wasl Awlaa” yang bermaksud “Sambung lebih elok”. Pembaca haruslah meneruskan bacaan kerana itu lebih elok.
  • Tanda qaf ( ﻕ ) merupakan singkatan kepada “Qeela alayhil waqf” yang bermakna “telah dinyatakan yang berhenti harus dilakukan ke atasnya”. Tidak perlu berhenti di sini.
  • Tanda sod-lam ( ﺼﻞ ) merupakan singkatan kepadan “Qad yoosalu” yang membawa maksud “akan bersambung kadang-kala“. Kadang-kala seseorang akan berhenti manakala ada yang tidak walaupun berhenti lebih diutamakan.
  • Tanda perkataan Qif ( ﻗﻒ ) bermaksud berhenti! Ia muncul pada tempat yang kebarangkalian pembaca akan meneruskan bacaan tanpa henti.
  • Tanda sin ( س ) atau perkataan Saktah ( سكتة ) menandakan berhenti seketika tanpa mengambil nafas. Dalam kata lain, pembaca haruslah berhenti seketika tanpa mengambil nafas baru untuk meneruskan ayat.
  • Tanda Waqfah ( وقفة ) serupa dengan Saktah tetapi bezanya ialah waqaf pada Waqjah lebih lama berbanding Saktah.
  • Tanda Laa ( ﻻ ) bermaksud “Jangan!“. Tanda ini muncul kadang-kala pada penghujung mahupun pertengahan ayat. Jika ia muncul di pertengahan ayat, tidak dibenarkan berhenti dan jika berada di penghujung ayat, pembaca tersebut boleh berhenti atau tidak.
  • Tanda kaf ( ﻙ ) merupakan singkatan kepada “Kathaalik” yang bermaksud “serupa”. Dalam kata lain, tanda yang sama sebelumnya digunakan di sini.
  • Tanda bertitik tiga ( ... ...) yang dikenali Waqaf Muraqabah (Berhenti Pemerhatian) atau Waqaf Ta’anuq (Terikat). Tanda ini kadang-kala diletakkan sekali huruf jim yang turut menjadi simbol bagi Mu’aanaqah ini. Ia akan muncul sebanyak dua kali di mana-mana saja dan cara membaca adalah Harus berhenti di salah satu tanda tersebut. Jika sudah berhenti pada tanda pertama, tidak perlu berhenti pada tanda kedua dan sebaliknya.
#cahayaislam.net.

Ranking: 5

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.
 
© Kertas Warna Merah All Rights Reserved